MAKLUMAN UNTUK PELANGGAN

1. Jika ingin membuat sebarang pembelian, sila isi BORANG PEMBELIAN

Isnin, 18 April 2011

Apa itu VCO

Manfaat dan Kehebatan Minyak Kelapa Dara
 Yang Mesti Diketahui

Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930-an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepualauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara ? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya.

Kelebihan Minyak Kelapa Dara antaranya ialah :-

- meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan

- meningkat kadar metabolisma badan
- anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
- anti oxida semulajadi
- meningkat fungsi kelenjar tairoid
- melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
- tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
- meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
- berupaya menurunkan berat badan
- meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
- membekal sumber tenaga dengan cepat
- melembab dan melembutkan kulit
- mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
- mengurangkan kesan keracunan makanan
- membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
- menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
- mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
- mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
- mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
- mengurangkan risiko dan kesan demam
- mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
- mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
- mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
- mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air


Tiada ulasan:

Catat Ulasan